Sabtu, 14 Mac 2009

Projek Usahawan


Menyedari kepentingan rempah ratus yang begitu penting kepada masyarakat telah mendorong Sharifah Khatijah Syed Abu Bakar mengusahakan perniagaan rempah ratus Indah Rasa Food and Packaging di Kampung Amer Hilir. Dengan modal sendiri, beliau mengambil langkah drastik membesarkan pasarannya setelah bermula secara kecil-kecilan di rumah.
Mendapat bantuan dari segi peralatan seperti mesin daripada Jabatan Pertanian Daerah Besut, beliau akan memasarkan rempah ratusnya di pasaran kawasan berhampiran atau pasaran luar melalui pemborong atau memasarkan sendiri. Mempunyai tiga orang pekerja, Khatijah berkata sambutan daripada orang ramai begitu menggalakan dan ia sekaligus memberi keyakinan kepadanya untuk meluaskan pasarannya.
Beliau akan membeli rempah ratus dari pemborong sebelum ia diproses dan seterusnya dibungkus atas nama Indah Rasa mengikut jenis rempah yang diingini. Dengan kerja keras dan usaha yang tidak berbelah bagi, beliau kini mampu memperolehi hasil antara RM 2,000 hingga RM 3,000 sebulan.

Tiada ulasan:

Catat Komen